Innersejuk YES Member Sale Up to 80% OFF! Shop Now!
Cart 0

Perkasakan Wanita Dengan Hijab

Penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Berbanding dahulu, kini wanita mula aktif mengorak langkah mengharungi cabaran untuk memastikan kehadiran dan bakat mereka diiktiraf. Peranan wanita semakin berpengaruh dan tidak terhad didalam hal rumah tangga sahaja, tetapi meluas dalam organisasi malah negara.

Di dalam usaha membantu memperkasakan wanita, satu program yang menerapkan keyakinan diri dan juga kecantikan telah dianjurkan oleh NIA Unity bertempat di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Innersejuk juga telah diberi peluang untuk menyertai program yang diberi nama “The Beauty of Hijab” tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Nurul Izzah dan juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puan Noraini Roslan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar. Didalam ucapan, beliau ada menyatakan sokongan beliau sepenuhnya terhadap produk keluaran Malaysia, termasuklah anak tudung keluaran Innersejuk.

Program turut diserikan lagi dengan bengkel hijab tutorial daripada Didiyana Ehsan, penata gaya hijab terkemuka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan majlis ini sila ke pautan berikut:

https://www.hijabista.com.my/perkasakan-wanita-dengan-hijab-seru-yb-nurul-izzah-anwar/





Newer post